Thursday, October 27, 2011

Live Rock – Bahagian 2



Live rock yang baru dibeli harus dirawat terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam akuarium matang bagi mengelakkan sebarang kenaikan paras ammonia yang mendadak dan seterusnya menganggu kestabilan akuarium. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara-cara merawat live rock tersebut:
1. Bilas dengan air masin secara perlahan-lahan bagi membuang sebarang sisa atau bendasing yang melekat. Pastikan bukan dengan air paip kerana akan membunuh bakteria atau hidupan terdapat pada live rock tersebut.
2. Letakkan dalam bekas plastik/ besen atau baldi yang telah berisi air masin pada tahap Specific Gravity 1.023 dan 1.025.
3. Pasangkan powerhead atau pam angin (aerator) supaya kadar oksigen terlarut tinggi dan berkitar.
4. Jauhi daripada tempat bercahaya terus supaya tidak berlaku pertumbuhan algae yang tidak terkawal.
5. Lakukan penukaran air di antara 50% – 100 % air masin yang baru selepas 3 hari.
6. Gunakan berus untuk menyingkirkan lapisan putih atau hidupan yang mati sebelum air ditukar..
7. Selepas seminggu, periksa kadar ammonia dan nitrit . Apabila tahap bacaan bagi kedua-dua tersebut adalah sifar, live rock tersebut telah bersedia untuk dimasukkan ke dalam akuarium marin anda.
Bagi akuarium marin yang baru yang belum ada apa-apa hidupan, live rock baru adalah amat digalakkan untuk dirawat secara terus dalam air masin yang baru. Setelah air masin telah dibancuh menggunakan artificial sea salt pada bacaan Specific Gravity 1.023-1.025 dan segala peralatan seperti pam dihidupkan serta tiada sebarang kebocoran atau masalah,  maka proses merawat seterusnya adalah seperti berikut:
1. Bilas live rock tersebut dengan air masin di luar akuarium.
2. Gunakan berus nylon untuk menyingkirkan segala lapisan putih atau hidupan mati.
3. Susun live rock seperti mana yang anda ingini.
4. Pastikan lampu akuarium tidak dibuka kerana lampu yang dibuka akan menggalakkan pertumbuhan algae tidak terkawal.
5. Lakukan penukaran air sebanyak 50% pada setiap minggu.
6. Periksa kadar bacaan ammonia serta nitrit pada setiap minggu selama 2-3 minggu.
7. Apabila kedua bacaan ammonia serta nitrit adalah sifar,  lakukan penukaran terakhir air sebanyak 50%  dan periksa pH air 8.1-8.4 sebelum hidupan akuatik pertama anda dimasukkan.

Kaedah Rawatan daripada Belum Dirawat sehingga Terawat

Belum Dirawat – Apabila baru dibeli, batuan ini adalah dalam pelbagai warna, bentuk dan juga saiz. Keperlbagaian mikrofauna mungkin tidak dapat dikesan pada mulanya kerana terselindung jauh ke dalam rongga batu.
Merawat – Semasa proses rawatan, sesetengah hidupan akan mati secara semulajadi dan batuan tersebut akan dibersihkan daripada bahan tersebut. Apabila dirawat di dalam bekas berlainan, adalah kebiasaan coralline algae akan bertukar warna putih. Penukaran air dapat mengurangkan stress hidupan yang terdapat dalam batuan tersebut.
Terawat – Apabila telah dirawat, dikekalkan di bawah pengcahayaan yang betul dan dibekalkan dengan kalsium serta buffer, batuan tersebut akan mula menjadi menarik serta hidupan berguna akan muncul serta mendiami akuarium marin anda.

No comments:

Post a Comment