Thursday, October 27, 2011

Asas Penapisan (Filteration)


Di dalam post saya sebelum ini, kami di Aqua Mania telah menerangkan kepada anda tentang penyediaan akuarium marin. Lanjutan daripada itu, sistem penapisan yang lengkap serta efektif akan kami huraikan dalam bab ini.

Penapisan

Apakah penapisan akuarium marin? Empat perkataan tersebut adalah satu topic kontrovesi yang dibincangkan oleh kalangan peminat akuarium marin dan sistem pengcahayaan adalah subjek kedua yang dibincangkan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai kaedah penapisan yang menjamin kejayaan peminat akuaruim marin. Aqua Mania cuba membantu anda dalam memahami konsep asas sistem penapisan yang efektif yang boleh anda gunakan dalam memilih produk-produk serta kaedah bersesuain. Ingin kami tekankan di sini, walaupun di luar sana ramai peminat akuarium marin yang menegaskan kaedah Berjaya mereka tetatpi harus diingat kejayaannya adalah berdasarkan pengalaman berbeza, kematangan sistem, jumlah stok dan pelbagai lagi. Oleh itu, there’s no bullet point for the absolute right method for the success..sabar dan fahami kepelbagaian fauna hidupan marin serta biologikalnya.

Penapisan Bilogikal dalam Erti Mudah

Penapisan biological adalah proses yang menggunakan organism hidup bagi menukar buangan (ammonia) kepada yang lain. Penguraian satu bentuk toksik (ammonia) kepada yang kurang toxic seperti ion nitrit atau nitrate adalah amat penting bagi kehidupan akuarium marina anda.
Berikutnya adalah huraian mendalam berkenaan sistem penapisan.

Nitrifikasi

Walaupun toksin dalam akuarium boleh wujud dan hadir dalam pelbagai bentuk, atau dibebaskan atau dibawa oleh pembawa pencemaran, ammonia adalah yang terpenting. Toksik ammonia terkumpul dalam akuarium melalui bahan buangan ikan, makanan lebihan yang terurai, atau juga oleh bahan organik lain. Tambahan lagi, ammonia adalah komponen utama dalam kebanyakkan air buangan (kencing) hidupan laut.
Ammonia terkumpul dalam sitem tertutup (akuarium) boleh menyebabkan kerosakan tisu ikan, menganggu paras oksigen dalam aliran darah dan juga stress yang seterusnya menjadi punca kepada jangkitan ikan serta kematian! Ammonia adalah toksik (beracun) kepada hidupan laut dan di dalam sistem tertutup (akuarium) ammonia haruslah dikeluarkan dan dibuang supaya tidak terkumpul di dalam air akuarium. Kita bernasib baik kerana terdapat bakteria yang sebahagian daripada sistem penapisan biologikal kita yang dapat menjalankan tugas tersebut. Bakteria tersebut menjalankan proses mengitar (cycle) yang dirujuk sebagai kewujudan koloni bakteria dalam lapisan penapis yang menukarkan ammonia kepada nitrit dan nitrat. Selepas akuarium melengkapkan kitarannya,bakteria akan mendiami pada lapisan (permukaan seperti batuan, pasir malah juga cermin akuarium itu sendiri) dan menyokong kehidupan hidupan dalam akuarium.
Bakteria bertanggungjawab untuk memulakan langkah mengitar nitrifikasi  dalam akuarium, menggunakan ammonia sebagai makanannya dan menukar kepada nitrit melibatkan pelbagai spesis daripada genera Nitrosomonas, Nitrosospira, Nitrosococcus dan Nitrosolobus serta yang lain.Bakteria nitrifikasi ini adalah aerobic iaitu memerlukan oksigen untuk terus hidup.
Kumpulan bakteria nitrifikasi seterusnya adalah berperanan menukarkan hasil nitrit terhasil kepada nitrat iaitu hasil yang kurang toksin. Peranan ini dilakukan oleh  bakteria daripada genera Nitrobacter, Nitrosospira, Nitrocystis, Nitrococcus dan lain-lain. Nitrit adalah toksin kepada semua jenis hidupan akuatik dan menggangu pengambilan oksigen dalam aliran darah ikan. Kita bernsaib baik, bakteria-bakteria ini yang mengekalkan tahap nitrit pada tahap yang rendah dalam akuarium yang telah lengkap kitarannya.
Sementara nitrat adalah kurang beracun kepada hidupan sepertimana ammonia dan nitrit, nitrat ini boleh menyebabkan masalah pertumbuhan algae tidak terkawal yang akan menyebabkan masalah kesihatan kepada hidupan marin anda terutamanya pada akuarium reef.
Algae memerlukan nitrat sebagai nutrien asas. Sekiranya nitrat dibiarkan terkumpul dalam akuarium reef melebihi bacaan 5 ppm, ianya akan member kesan kepada pencemaran air dan menggalkkan pertumbuhan algae pada tisu coral. Produk buangan ini, boleh dikeluarkan melalui cara penukaran air, penyerapan kimia, protein skimming, penyerapan oleh penapis algae atau organisma lain yang menggunakan nutrien terlarut sebagai sumber.

Denitrifikasi

Dalam penerangan sebelum ini, kami telah menerangkan pelbagai jenis  bakteria denitrifikasi yang wujud dalam akuarium anda sepertiMicrococcusPseudomonasDenitrobacillasBacillus dan lain-lain. Sesetengahnya adalah anaerobik (memerlukan sedikit atau tidak langsung)  manakala sesetengahnya adalah aerobik.
Genus bakteria seperti Thiobacillus, melibatkan lapan spesis. Bakteria ini menggunakan bahan organik sulfur seperti  sulfide, thiosulfate dan bisulfite dalam kawasan rendah oksigen seperti dalam lapisan pasir bagi mengurangkan nitrat. Dalam akuarium anda. Bakteria ini menggunakan nitrat dan menukarkannya kepada gas nitrogen yang akan dibebaskan ke udara melalui pergerakan air serta pengudaraan (aeration). Lapisan pasir yang dalam serta live rock yang berongga adalah tempat yang sesuai bagi bakteria ini berkoloni.

No comments:

Post a Comment