Wednesday, October 26, 2011

Jenis- Jenis Akuarium Marin


Keaslian keindahan akuarium marin sangat mengujakan kita dan diidamkan. Tetapi, apakah perkara-perkara penting yang terlibat ketika langkah-langkah penyediaan akuarium marin? Terdapat tiga jenis akuarium marin yang berbeza. Ada yang mudah senggaraannya dan ada yang memerlukan usaha dan komitmen yang lebih.Sebelum anda menyelami akuarium marin ini, ingin saya kongsikan apakah perbezaan di antara ketiga jenis akuarium ini dan kenapa ada yang agak mencabar berbanding yang lain.

FISH-ONLY MARINE AQUARIUMS

FO Tank hanya menempatkan ikan serta beberapa hiasan tiruan


Akuarium marin terbahagi kepada 3 jenis iaitu – fish-only aquariums, fish-only-with-live-rock aquariums, dan reef aquariums. Diantara ketiga-tiga jenis ini, penyediaan marin yang paling asas adalah the fish-only (FO) aquarium ataupun akuarium ikan sahaja.
Fish-only aquariums, sepertimana namanya adalah diset up untuk memelihara serta mempamerkan ikan hiasan marin semata-mata. Oleh kerana tujuan tersebut adalah untuk menjadikan ikan adalah tarikan utama dalam akuarium jenis ini, maka ianya hanya kadang-kadang dihiasi dengan beberapa ketul batu karang mati ataupun replika batu karang. Sepertimana akuarium-akuarium yang lain, mengekalkan parameter air dan melengkapi sistem penapisan yang efisyen amat diperlukan berikutan kurangnya penapis biologi. Kewujudan ikan hiasan marin yang cantik dan lasak seperti jenis damsel, yellow tang dan beberapa lagi jenis yang lain menyumbang kepada kejayaan akuarium jenis ini. Jenis akuarium FO ini adalah pilihan terbaik buat novice yang baru berkecimpung bagi mengenali serta mempelajari peralatan, parameter air, ikan serta senggaraan akuarium marin.

FOWLR AQUARIUMS (Fish-only-with-live-rock)


FOWLR Tank turut mempersembahkan hasil yang menarik
Fish-only-with-live-rock (FOWLR) aquariums adalah  gabungan atau batu loncatan di antara FO aquariums dan reef aquarium. Akuarium FOWLR adalah masih menfokuskan lagi ikan di dalam akuarium, elemen asas reef aquarium diperkenalkan– live rock. Live rock adalah serpihan terumbu karang yang dipenuhi dengan pelbagai hidupan invertebrate, sponges dan jutaan bakteria nitrifikasi. Batuan ini, dipenuhi dengan hidupan berguna, menyediakan filter tambahan yang baik dan membantu mengekalkan kestabilan parameter air.
Live rock menambahkan dimensi baru kepada keindahan estetika serta penjagaan asas akuarium marin. Penjagaan khusus dalam penyediaan akuarium FOWLR adalah termasuk proses curing atau merawat live rock,tambahan lampu serta supplements untuk membiakkan coralline algae serta beberapa limitasi kepada penggunaan ubatan yang memberi kesan kepada hidupan bakteria yang terdapat pada live rock.
Live Rock menjadi salah satu elemen yang menambahkan estetika akuarium marin
REEF MARINE AQUARIUMS
Reef Tank memerlukan komitmen yang tinggi serta kesabaran pemiliknya
Peminat-peminat akuarium marin yang sukakan cabaran, Reef Marine Aquariums adalah menjadi pilihan. Akuarium jenis ini dipenuhi dengancoral, invertebrate, dengan beberapa ekor ikan atau seminimum. Jika akuarium FO dan FOWLR memfokuskan ikan, Reef Aquariums pula memfokuskan coral dan invertebrata. Oleh kerana invertebrata amat sensitif terhadap keadaan air, parameter air mestilah di monitor sebagai rutin bagi mengekalkan keadaan air yang baik. Selain itu, kebanyakkan coral adalah photosentetik dan memerlukan pengcahayaan yang cukup untuk terus hidup. Kesemua hidupan reef aquariummemerlukan penjagaan khas, jadi adalah amat penting bagi peminatreef aquarium membuat kajian tentang keperluan cahaya, pergerakan air, supplements dan keperluan lain bagi menjadikan reef aquariumtersebut benar-benar hidup dan menakjubkan.

No comments:

Post a Comment