Thursday, October 27, 2011

Kepentingan Akuarium Kuarantin


Kepentingan Akuarium Kuarantin

Akuarium Kuarantin
Akuarium kuarantin sepatutnya digunakan oleh semua peminat akuarium marin dan juga tropika apabila memperkenalkan ikan baru. Namun begitu penggunaannya hanya 5% oleh pemilik akuarium.
Setiap kali anda membawa masuk  hidupan aquatik yang baru ke dalam akuarium anda anda berhadapan dengan risiko parasit dan penyakit. Pada masa yang sama, hidupan akuatik tersebut akan menghadapi stress disebabkan pengangkutan dan parasit dan bakteria di persekitaran baru. Akuarium kuarantin melindungi pelaburan sediada anda sementara memberi masa hidupan baru tersebut bagi benar-benar sihat sebelum dimasukkan ke dalam akuarium display anda. Aqua Mania mencadangkan akaurium kuarantin diwujudkan sebagai sebahagian peralatan wajib bagi diguna dan dipraktikkan oleh kesemua peminat akuarium.

Kenapa Ramai Tiada Akuarium Kuarantin?

Ramai peminat beranggapan akaurium kuarantin adalah leceh dan tidak perlu. Bagaimanapun akuarium kuarantin tidak perlu bersaiz besar dan mahal dan sebenarnya suatu pelaburan yang amat berbaloi kerana telah mengurangkan risiko kerugian masa, tenaga dan WANG DOMPET anda! Sebenarnya, apabila peminat mula menggunakan akuarium kuarantin, mereka sangat teruja dan amat teruja dengan kebaikannya dan akan terus menggunakannya.

Apakah kebaikan Akuarium Kuarantin?

1. Akurium kuarantin dapat membantu ikan baru anda menyesuaikan diri dengan air baru serta makanan.
2. Akuarium kuarantin dapat digunakan sebagai akuarium rawatan apabila tidak digunakan.
3. Merawat/ mengubati hanya beberapa ikan yang dijangkiti di dalam akuarium utama/ display adalah prkatis yang tidak baik dan merisikokan. Kenapa hendak merisikokannya sekiranya ada pilihan?
4. Akuarium kuarantin membantu ikan baru dirawat dengan lebih baik dan berkesan tanpa menjejaskan ikan lain dan juga kualiti air dalam akuarium utama.
5. Akuarium kuarantin dapat digunakan sebagai tempat membaikpulih (recovery) ikan yang telah dibuli, tempat membiak (tahap advance) dan juga tempat ikan yang baru menetas membesar.

Apakah saiz Akuarium Kuarantin yang sesuai?

Akuarium berkapasiti 30 gallon/150 liter amat sesuai bagi tujuan kuarantin. Walaubagaimanapun akuarium 10 gal atau 50 liter sudah mencukupi bagi tujuan ini.

Apakah peralatan yang diperlukan bagi Akuarium Kuarantin?

1. Hampir kesemua penyediaan akaurium kuarantin dilengkapi dengan lampu fluorescent standard, batuan ringkas, paip pvc ataupun pokok hiasan plastik bagi menyediakan tempat perlindungan ikan untuk berlindung.
2. Sistem penapis jenis sponge sudah mencukupi dan sponge yang diletakkan di dry/wet filter (sekiranya diguna) boleh menempatkan koloni bakteria nitrobakter  yang diperlukan. Pastikan sponge disinfek ataupun ditukar bagi setiap tujuan rawatan yang baru.
3. Semua akuarium kuarantin tiada penggunan pasir atau lapisan batuan dan oleh sebab yang demikian ianya mudah bagi dibersihkan dan disinfek (dinyah kuman).
Bagaimana menyahkuman (disinfek) akuarium kuarantin?
1. Penggunaan air paip yang tidak dirawat (klorin) dapat membunuh hampir semua patogen.
2. Penggunaan paip siphon dan penyauk hendaklah diasingkan penggunaannya dengan akuarium utama.

Berapa lama tempoh untuk kuarantin?

1. Tempoh yang paling sesuai dan minimum adalah di antara dua hingaa empat minggu dan ikan-ikan baru diperhatikan sebarang tanda penyakit sert a boleh dirawat dengan Copper Sulfate untuk tempoh 14 hari hingga 21 hari. Air ditukar 10-25% pada setiap 7 hari bagi memastikan keadaan air yang baik.

No comments:

Post a Comment