Thursday, October 27, 2011

11 Kesilapan Selalu Dilakukan Oleh Pemilik Akuarium Marin


Tidak kira apa jenis akuarium anda miliki, berikut adalah beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik akuarium. Masalah ini boleh di atasi sekiranya setiap pemilik akuarium berhati-hati..

1. Memberi Makanan Berlebihan kepada Ikan dan Invertebrata

Makanan yang tertinggal/ tidak dimakan hanya akan berada di dasar akuarium, menghasilkan nitrat dan membebankan biological filter.
Tidak memahami keperluan makanan ikan anda, ramai peminat akan cuba ‘mencampakkan makanan’ kepada ikan bagi memenuhi keperluannya. Lebih teruk lagi sekiranya ikan tidak memakan makanan tersebut, ramai peminat memilih ‘mencampakkan LAGI makanan’ kerana beranggapan ikan tersebut tidak Nampak/ perasan makanan tadi.
Daripada pengalaman kami di Aqua Mania, pemberian makanan bagi tempoh 2 minit 2 kali sehari sudah mencukupi kerana kebanyakkan ikan tidak akan memakan makanan yang berlebihan dan hanya makan sekadar perlu sahaja.

2. Semuanya Hendak Cepat!

“SABAR” adalah diperlukan dalam setiap perkara berkaitan akuarium marin. Ramai peminat berhadapan dengan banyak masalah apabila ikan baru dimasukkan, kerana terlampau cepat. Amat sukar bagi kami di Aqua Mania mendengar Adakah saya perlukan test kit? Apakah dan untuk apa? Ramai peminat di luar sana malas untuk mengambil masa bagi membaca dan belajar tentang hobi ini sebelum memulakannya.

3. Terlalu Banyak Bebanan Filter

Masalah banyak terjadi kerana banyak ikan dimasukkan terlampau cepat walaupun akuarium tersebut masih baru dan tidak sempat untuk kitaran lengkap(fully cycled). Walaupun di dalam akuarium yang sudah lama (established), menempatkan ikan baru ke dalam akuarium boleh menyebabkan terjadinya ‘new tank syndrome’. Sabar sedikit! Penjagaan akuarium marin bukanlah diambil catatan masa, jadi mudahkannya dan lakukan dengan kesabaran. Percayalah, ianya amat berbaloi.

4. Sistem Penapisan dan Kitaran Air yang Tidak Mencukupi

Memiliki biological filtration yang mencukupi adalah kunci kejayaan di dalam pemeliharaan akuarium marin. Terdapat pelbagai jenis sistem filter yang dijual di pasaran, tetapi membuat pemilihan sistem filter yang tidak bersesuaian dengan perancangan bio-load akan menyumbang pelbagai masalah di masa hadapan. Tidak kira, biological ataupun mechanikal adalah lebih baik memiliki kedua-duanya.
Konsep ini juga digunakan bagi mendapatkan kitaran air yang mencukupi dalam akuarium marin. Kitaran air yang tidak baik dan lemah akan menyumbang kepada permasalahan rendah OT (oksigen terlarut), kehadiran slime algae atau algae yang menjelikkan, menyukarkan hidupan menerima makanan dan lain-lain. Penyelesaiannya? Tambahkan powerhead sebuah dua atau penggunaan pam yang lebih kuat. Kami di Aqua Mania sentiasa mempraktikkan sekurang-kurangnya 10 kali kitaran (liter/hour) daripada kapasiti air akuarium. (Cth: akuarium 1,000 liter – kitaran air minimum 10,000 l/h).

5. Kesilapan Mendiagnos

Apabila berhadapan dengan jangkitan pada ikan, saltwater ich adalah masalah terbesar. Adalah sukar membezakan Oodinium (Amyloodinium ocellatum – a.k.a. Marine Velvet atau Coral Fish Disease) dengan White Spot Disease (Cryptocaryon irritans). Penyakit ini nampak sama tetapi dua jenis penyakit ini mempunyai dua jenis rawatan berbeza. Adalah penting untuk mendiagnosis dengan betul dan merawatinya sama seperti penyakit lain.

6. Rawatan Berlebihan

Selalunya satu atau dua jenis ubatan digunakan terhadap ikan yang sakit tanpa mengetahui masalahnya. Ubatan hanya perlu  digunakan apabila perlu dan hanya dalam akuarium kuarantin. Faktor penting rawatan adalah hanya ubatan khusus untuk penyakit atau jangkitan tersebut. Terdapat pelbagai ubatan dalam pasaran yang menyatakan ubatan tersebut mampu merawati pelbagai penyakit dan peminat dinasihati supaya tidak tertipu dengan kaedah pemasaran tidak beretika tersebut.

7. Membeli Ikan/ Invertebrata Tanpa Mnegetahui Langsung Tentangnya

Adalah sesuatu yang tidak mengharainkan apabila kami di Aqua Mania menerima pelanggan yang ingin membeli ikan/ invertebrata hanya kerana tarikan kecantikannya tanpa mengetahuinya. Setelah dinasihati, peminat-peminat tersebut akan mencari alternatif mendapatkan input. Ini kerana setiap ikan/ invertebrate tersebut berlainan penjagaan, makanan, kehendak, habitat dan compatibility. Oleh itu dapatkan input tentangnya dan jauhi penjual yang tidak member maklumat lengkap tentang apa yang anda beli. Pastikan ikan/ invertebrate anda beli terus hidup sihat dalam akuarium anda nanti dan bukannya sehari dua atau sebulan dua.

8. Livestock Incompatibility


Kami di Aqua Mania pernah mendengar rungutan peminat daripada kedai ikan lain yang mengadu blue jelly fish menyengat chromis, ikan tangs bergaduh, angelfish dibuli angelfish lain dan banyak lagi. Membeli ikan/ invertebrata tanpa mengetahui samada ia boleh hidup bersama dengan ikan dalam akuarium anda, tidak bergaduh dan juga menyebarkan penyakit berkaitan stress. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan inputcompatibility terlebih dahulu.

9. Membeli Ikan/ invertebrata Tidak Sihat

Salah satu perkara mudah dalam menentukan tahap kesihatan ikan adalah ikan yang stress dan sakit tidak akan makan. Oleh itu, minta penjual member ikan makan di depan anda dan pastikan ikan yang anda ingini itu makan. Jangan percaya dengan keterangan ikan tersebut telah makan sebelum kedai di buka kerana ikan di kedai akan diberi makan setelah kedai ditutup. Ikan yang sihat akan meminta makanan kepada anda dengan berenang-renang di hadapan kaca akuarium. Oleh itu juga, pastikan anda mengenali simptom ikan sakit dan meneliti keadaan bentuk badan, warna, sebarang keganjilan dan sifat.

10. Sumber Air Tidak Terawat Terus Daripada Air Paip

Walaupun ramai peminat melakukannya, penggunaan air paip secara berterusan termasuk menggantikan air yang tersejat sebagai campuran air masin akan menyumbang banyak masalah di masa hadapan termasuk tahap phosphate dan logam berat yang akan menyebabkan simptom brown algae blooming termasuk masalah lain berkairtan parameter. Menggunakan penapis air, water purification filter, mesin RO/ DI daripada pembekal yang baik malah membeli air laut tulen yang bersih dan dirawat daripada sesetengah kedai ikan adalah pelaburan berterusan pada masa hadapan.

11. Kurangnya Penyelenggaraan

Akuarium marin yang diselenggarakan dengan baik jarang mengalami masalah nitrat yang tinggi, bacterial outbreaks, dan juga masalah kualiti air lain. Untuk mengelakkan sebarang masalah penjagaan akuarium, rancang dan lakuakan rutin senggaraan berjadual.

No comments:

Post a Comment