Wednesday, October 26, 2011

Langkah Pemeliharaan Ikan Hiasan Laut



Akuarium Marin menjadi elemen hidup dalam menghiasi rumah/ premis

Langkah Asas Penyediaan Akuarium Ikan Laut

Peralatan Asas Diperlukan:
  • Akuarium/ Tangki
  • Dechlorinator/ Anti Klorin
  • Termometer
  • Cooling Fan/ Chiller (optional)
  • Artificial Sea Salt
  • Live Rocks
  • Crushed Coral/ Substrate/ Live Sand
  • Hidrometer
  • Pam/ Powehead
  • Protein Skimmer
Hari Pertama
1.         Letakkan akuarium/ tangki anda di kawasan yang rata.
2.         Masukkan sistem filter dan protein skimmer ke dalam akuarium.
3.         Masukkan air paip yang bersih ke dalam akuarium anda.
Pemilihan tempat hendaklah jauh daripada sumber cahaya matahari serta berdekatan dengan punca elektrik
4.         Letakkan anti klorin/ dechlorinator mengikut sukatan dan biarkan selama 5-10 minit supaya dechlorinator dapat bertindak balas.
Penggunaan Aerator dapat membantu dechlorinator serta menaikkan pH air dalam akauarium
Dechlorinator yang baik dapat meneutralkan klorin dan kloramin terkandung di dalam air paip
5.         Masukkan artificial sea salt ke dalam akuarium anda mengikut sukatan.
Artificial Sea Salt yang baik dapat membekalkan trace element mencukupi kepada hidupan marin anda
6.         Hidupkan pam filter/ powerhead anda dan biarkan sekurang-kurangnya 3 hari supaya garam tersebut betul-betul larut.
Powerhead dapat membantu artificial sea salt melarut dengan kadar yang cepat
Kandungan S.G yang disyorkan adalah di antara 1.024-1.025
1.         Periksa kandungan garam terlarut menggunakan hidrometer bagi bacaan S.G (Specific Gravity)  di antara 1.024-1.025.
Terdapat 3 jenis hidrometer di pasaran bagi peminat akuarium marin iaitu jenis Float, Dip serta Refractometer
1.         Periksa kandungan garam yang terlarut serta suhu air akuarium. Ikan hiasan laut selesa dan terbaik dipelihara dalam suhu air 24ᵒC-28ᵒC (75ᵒF-82ᵒF).
Digital Termometer sebegini memudahkan peminat akuarium marin mendapatkan bacaan suhu secara mudah dan berterusan
2.         Selepas bacaan S.G yang disasarkan tercapai, masukkan crushed coral/ substrate/ live sand (amat digalakkan) ke dalam akuarium anda. Kuantiti dicadangkan 1lb/ gallon (0.4536kg/3.78 ltr). Contoh Akuarium 2 kaki x 1 kaki x 1 kaki adalah 10g, jadi Live Sand adalah 10lb = 4.535 kg)
Penggunaan live sand dapat digantikan dengan aroganite/ crush coral
3.         Masukkan live rock yang telah dirawat (cured live rock) ke dalam akuarium.
Live Rock mengandungi pelbagai spesis invert, sponges serta hidupan lain dan nitrobacter yang berguna
4.         Masukkan biological aquarium supplement ke dalam akuarium ataupun ke dalam filter anda.
Bacteria Supplement dapat mempercepatkan proses kitaran (cycle) akuarium
5.         Hidupkan Protein Skimmer anda.
Protein Skimmer dapat mengeluarkan ammonia serta bendasing terlarut yang lain dan menjadikan akuarium marin anda selamat untuk hidupan akuatik
Hari Keempat
1.         Masukkan ikan pertama anda. Ikan daripada jenis Damsel adalah lasak dan masukkan hanya seekor sahaja pada waktu ini bagi membolehkan sistem biological semulajadi mula berfungsi.
Pemilihan Damselfish adalah terbaik kerana lasak dan amat sesuai sebagai ikan permulaan
Hari Kelima – Hari Keempatbelas
1.         Periksa keadaan ikan serta peralatan yang lain dalam keadaan baik.
2.         Air tersejat digantikan dengan air tawar yang telah diletakkandechlorinator.
Hari Kelimabelas
1.         Periksa keadaan air (S.G., suhu dll) serta Protein Skimmer collection cup.
Hasil Ammonia yang terkumpul di dalam Collection Cup Protein Skimmer
2.         Anda boleh memasukkan beberapa ikan baru mengikut saiz akuarium anda dengan kadar 1-2 ekor.
Tips
1.         Air yang tersejat digantikan dengan air paip yang telah dimasukkan anti klorin dalam bekas baldi yang lain mengikut kuantiti yang telah tersejat. Masukkan juga kH Buffer bagi menggantikan mengekalkan ph di antara 8.0 – 8.3.
2.         Penambahan ikan (tankmates) hendaklah dilakukan secara penambahan berperingkat (tidak banyak dalam sesuatu masa sekaligus) dan mengikut compactibility group.
3.         Ikan dan hidupan lain dalam akuarium anda adalah seperti haiwan kesayangan yang lain dan memerlukan perhatian anda.
4.         Air R.O. dan air yang telah ditapis adalah digalakkan penggunaannya.
RO Machine menjadikan sumber air paip anda lebih selamat kepada hidupan marin
5.         Cooling Fan/ Chillers dapat membantu menyejukkan air dalam akuarium anda.
Cooling Fan dapat membantu menyejukkan air akuarium
Chiller dapat membantu menyejukkan akuarium yang besar dengan lebih berkesan
6.         Kesabaran serta minat adalah kunci utama kejayaan dalam pemeliharaan ikan hiasan laut.
Akuarium Marin amat mengasyikkan dan memberi ketenangan minda kepada setiap yang melihatnya

1 comment:

  1. Terbaik.. T.kasih Atas perkongsian Ilmu menganai cara memelihara ikan Perhiasan air Laut...

    ReplyDelete