Wednesday, October 26, 2011

Beralih Arah kepada Akuarium Marin

Bagaimana hendak beralih arah (converting) daripada akuarium air tawar/ tropika kepada akuarium marin/ air  masin. Apakah peralatan yang digantikan, apakah yang perlu dibeli, apakah keperluan lain, senggaraan dll…

1.   Lapisan Pasir/ Batuan


Gambar: Crushed Coral/ Aroganite
Untuk pengetahuan peminat-peminat ikan tropika yang ingin beralih arah, berita baik adalah kebanyakkan peralatan yang sedang digunakan pada sistem air tawar anda boleh terus digunakan untuk sistem marin dengan beberapa pengecualian. Anda harus menukar lapisan batuan/ pasir akuarium air tawar anda kepada jenis berkalsium (calcerous) seperti crushed coral dan aragonite.
Menukar kepada lapisan jenis ini membantu buffering serta air yang lebih stabil.
Ada peminat ikan marin tidak mahu menggunakannya langsung atau sedikit sahaja kerana beranggapan akan terdapat kawasan kekotoran terkumpul dan lapisan tebal menyebabkan nitrate terkumpul). Sebarang kekotoran yang terkumpul adalah kerana pam yang tidak sesuai serta kurangnya pergerakan air dalam akuarium.
Disini, kami telah mempraktikkannya sejak sekian lama dan tidak menghadapi sebarang masalah dan display tank kami tidak menggunakan protein skimmer!(penjelasan mengapa ini boleh berlaku akan kami terangkan pada topic yang lain).

2.     Pam dan Powerhead


Gambar: Pump
Seterusnya, periksa sebarang peralatan anda sekiranya terdapat peralatan yang menggunakan besi(metal). Air masin akan mengaratkan apa saja besi kecuali stainless stell bergred tinggi. (pastikan shaft propeller anda bukannya daripada besi ataupun stainless stell bergred rendah). Anda dinasihatkan menukar pump atau power head yang menggunakan besi sebagai shaft propeller kepada jenis ceramics propeller ataupun stainlees bergred tinggi.

3.     Sistem Filter/ Penapisan


Gambar: Filter Sump
Sistem filter/ penapisan air tawar selalunya mencukupi bagi sistem marin (sekiranya memenuhi kriteria standard). Bagaimanapun, anda boleh menambahbaik atau menukar kepada sistem yang lebih baik. Juga apa jua jenis sistem filter yang anda gunakan, pastikan anda menambah pergerakan/ kitaran kepada akuarium marin anda. Air masin mengandungi oksigen terlarut yang sedikit berbanding air tawar, jadi anda harus membuatkan kitaran air berterusan di dalam akuarium tersebut.

4.     Sistem Lampu/ Pengcahayaan

Lampu yang anda gunakan untuk sistem air tawar haruslah boleh digunakan pada akuarium marin anda (FO aquariums sahaja). Sekiranya anda ingin memelihara invertebrate seperti clams dan corals, anda perlu menukar lampu sedia ada kepada yang lebih tinggi cahayanya. Kami selalu mendengar pembohongan penjual tidak beretika yang menjual lampu yang tidak mencukupi cahayanya untuk digunakan pada reef tank kerana hanya inginkan keuntungan.

Gambar: Reef Tank yang menggunakan Metal Halide sebagai sumber pengcahayaan
Terdapat ramai pemilik kedai ikan di luar sana yang tidak peduli sama langsung tentang akuarium anda! Apa yang anda boleh buat adalah dengan mendapatkan pengetahuan sedikit sebanyak tentang apa yang anda pelihara serta keperluannya. Itu saja! Mudah dan menjimatkan masa, tenaga serta usaha anda selama ini.

5.     Pemakanan


Salah satu lagi perkara yang anda perlu tukar ialah menukar makanan (pellets/ flakes atau lain-lain makanan) Perlu diingatkan bahawa makanan ikan air tawar adalah berasakan tepung walaupun banyak pengilang/ pengeluar makanan air tawar tersebut mengatakan sebaliknya namun itulah fakta sebenarnya! Marin fish memerlukan pelbagai diet. Anda perlu membekalkannya dengan pelbagai jenis makanan. Jadi, kaji pemakanan ikan marin yang anda akan beli seperti tangs dan angelfish memerlukan algae sebagai salah satu daripada diet bagi membolehkannya hidup sihat.

6.     Air Masin

Akhir sekali, sudah tentu AIR! Air sebagai medium bagi ikan untuk terus hidup sebagaimana kita memerlukan udara untuk terus hidup dan sudah tentu ikan marin hidup di dalam air masin. Gunakan artificial salt yang baik untuk akuarium anda. Terdapat pelbagai jenis artificial salt di pasaran. Kami di Aqua Mania™ menggunakan Instant Ocean bagi ikan-ikan marin manakala bagi corals kami menggunakan Reef Salt (Seachem) dan tiada masalah besar phosphate dan nitrate (garam-garam buatan jenis ini mengandungi trace elements yang mencukupi).

Gambar: Artificial Sea Salt

Gambar: Quarantine Tank bagi transit setiap ikan baru
1.         Wujudkan sebuah akuarium kuarantin bagi pemeliharaan ikan marin. Kuarantin tank bersaiz 2 kaki x 1 kaki x 1kaki (standard saiz) RM 25-30 sudah mencukupi bagi tujuan ini. HOB filter dan sebatang paip PVC 1 ¾ – 2 inci diameter sudah membolehkan ikan marin anda selesa dan tenang sepanjang proses kuarantin.
2.         Akuarium kuarantin berfungsi sebagai tempat rawatan/ klinik bagi ikan sakit kerana sesetengah ubat seperti cooper tidak boleh sama sekali dimasukkan ke dalam akuarium (membunuh segala invertebrate, malah bakteria nitrifikasi juga mati).
3.         Akaurium kuarantin sebagai Akuarium Transit bagi ikan-ikan marin baru anda. Tempoh 2-4 minggu adalah mencukupi bagi anda mengesan sebarang parasit atau penyakit bawaan yang dibawa oleh ikan tersebut. Rawatan dapat dijalankan terus tanpa merisikokan ikan di dalam akuarium utama anda. Minimakan risiko akuarium utama anda!
4.         Tidak rugi anda mengadakan sistem kuarantin! Kami telah mempraktikkan kaedah ini bagi ikan-ikan baru yang masuk/sampai ke kedai dan hanya ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan kami setelah 2 minggu di kuarantin! Hasilnya kebanyakkan ikan-ikan kami telah makan makanan yang diberikan, bebas penyakit, tidak stress dan cergas! Jadi kami mencadangkan teknik serupa kepada anda semua peminat ikan marin di luar sana.
5.         Sumber air adalah amat penting bagi ikan dan segala hidupan air. Walaupun pihak pembekal air di negara kita mengatakan air tersebut adalah selamat untuk manusia gunakan namun tidak semestinya selamat kepada ikan. Ini adalah kerana kebiasaannya, terdapat kandungan klorin dan kloramin yang berbeza tahap mengikut kawasan/negeri sumber air tersebut.

Paip air yang tidak diselenggarakan menjadi penyumbang pencemaran air termasuk mengandungi logam berat
6.         Klorin dan kloramin akan membunuh ikan anda. Walaupun kandungan tersebut akan memberi kesan terhadap ikan anda dengan sekelip mata, namun masih terdapat juga kandunngan lain seperti besi (kebanyakkan paip air yang membekalkan air di negara kita adalah paip besi yang berusia 25 tahun ke atas dan telah berkarat!), phosphate dan pelbagai lagi pencemaran yang akan member kesan jangka panjang secara perlahan.
7.         Kandungan phosphate yang tinggi akan menyebabkan pertumbuhan mendadak dan penyebaran cynobacteria(red slim algae). Tanpa sumber air yang baik, akuarium anda mungkin tidak seperti yang anda inginkan.
8.         Penggunaan dechlorinator berkualiti, activated carbon, phosphate absorber dan lain-lain resin dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Gambar: Phosphate Remover menyerap kandungan phosphate dalam akuarium


9.         Penggunaan reverse osmosis units adalah salah satu bagi mendapatkanair yang hampir 98% tulen.
10.       Sebelum anda memulakan akuarium marin anda yang pertama, carilah kedai marin yang baik berdekatan tempat tinggal anda. Kedai yang bagus memiliki staf yang berpengetahuan  dan mempamerkan sikap sayangkan ikan/ hidupan(bukan setakat mahu menjual barang jualan). Jika hanya terdapat sedikit akuarium marin, banyak ikan marin yang sakit atau mati, jangan sesekali membeli apa-apa ikan di situ walaupun ikan yang anda inginkan tersebut kelihatan sihat.
11.       Perkara terakhir dalam memelihara ikan marin adalah BACA,BACA,BACA! Terdapat pelbagai buku-buku berkaitan ikan marin di luar sana malah di dalam jualan online. Anda juga boleh menyertai pelbagai jenis forum-forum di dalam internet dan perlu diingat FAQ bukanlah gantian bagi membaca buku yang bagus.

No comments:

Post a Comment