Thursday, October 27, 2011

Live Rock – Bahagian 1




Pengenalan

Live rock adalah berasal daripada tinggalan coral berasakan kalsium yang telah mati dan bertukar menjadi batuan yang seterusnya membentuk live rock dan kemudiannya menjadi terumbu karang yang menjadi habitat flora fauna di lautan. Namun begitu, live rock yang berada di pasaran adalah serpihan kecil yang terpisah daripada terumbu asal setelah di pukul ombak. Oleh kerana ianya telah melalui proses beratus malah beribu tahun bagi pembentukannya, ianya menjadi tempat habitat pelbagai hidupan daripada organisma mikroskopik sehinggalah algae dan invertebrata yang lain sehingga menjadikannya ‘batuan yang penuh kehidupan’ ataupun ‘living rock’ yang kaya dengan biodiversiti (kepelbagaian hidupan). Live Rock dikutip dengan berhati-hati serta dikekalkan lembapan supaya peminat akuarium marin dapat mengekalkannya sebaik mungkin.
Setelah dikutip daripada lautan, live rock ini masih mengekalkan kecantikan dan memberikan banyak kebaikan kepada pemilik akuarium reef dan fish-only aquariums. Ianya membekalkan sumber makanan asli kepada ikan, membantu menguraikan buangan hidupan akuarium serta menjadi tempat tapak untuk coral, menjadi tempat persembunyian hidupan nokturnal di waktu siang serta mencantikkan lagi pemandangan dalam akuarium anda.
Sebelum peminat memasukkan live rock yang baru di beli ke dalam akuarium anda, live rock hendaklah dirawat terlebih dahulu dalam tempoh 3-5 minggu. Ini bagi memastikan tumbuhan dan hidupan laut yang telah mati tidak menjadi punca kepada kadar ammonia yang tinggi dalam akuarium anda.
Aqua Mania menasihati peminat di luar sana supaya tidak memasukkan terus live rock baru dibeli kedalam akuarium marin anda yang telah matang kecuali anda memang ingin MEMBUNUH ikan anda! Oleh sebab itu, kami di Aqua Mania merawat terlebih dahulu live rock kami sebelum di jual kepada pelanggan kami. Aqua Mania sentiasa mengutamakan customer before us dan kematian atau kegagalan sistem akuarium pelanggan kami adalah kegagalan kami. Untungnya, bakteria denitrifikasi yang terdapat pada live rock yang di rawat tidak akan mati semasa proses rawatan dijalankan.
Bahagian 2 akan menerangakan kaedah-kaedah merawat live rock

No comments:

Post a Comment