Wednesday, July 24, 2013

Tomato Clown Fish - Amphhirion Frenatus


frenatus clownfish
Nama Saintifik: Amphiprion Frenatus
Nama Kebiasaan: Tomato clownfish
Famili: Pomacentridae
Saiz Maksimum: 5.5 in.
Saiz Minimum Akuarium: 30 gallons
Tahap Penjagaan: Mudah
Keserasian: Ikan dewasa bersifat teritorial dan agresif. Boleh hidup bersama dengan clownfish lain sekiranya dimasukkan bersama pada masa yang sama.
Keserasian Reef : Ideal bagi akuarium reef. Sesetengahnya akan mendiami polip LPS dan juga soft coral sebagai perumah. Kebiasaannya gemar menganggu feather duster dengan menariknya daripada tiubnya.
Tomato-clownfish4

Taburan: Lautan Pasifik Barat: Teluk Siam sehingga ke barat daya Palau, utara Jepun, selatan Jawa, Imdonesia.
Diet: Omnivor. Kebiasaanya memakan zooplankton di lautan. Mudah menerima segala jenis makanan di dalam akuarium termasuk jenis kepingan, pellet, dan juga makanan hidup serta beku.

Keterangan Tambahan:
tomato Clown
Amphiprion Frenatus, juga dikenali sebagai Tomato clownfish mudah didapati di kedai-kedai ikan marin serta lasak, menjadikannya sebagai pilihan yang baik sebagai ikan permulaan. Ikan ini mendiami di kawasan terumbu lagun serta berteluk pada kedalaman 1 sehingga 40 kaki.
Tomato-clownfish
Ikan dewasa berwarna jingga kemerahan yang terang dengan satu garis putih di belakang matanya. Sesetengah variti memiliki warna yang lebih terang serta titik hitam di bahagian badannya. Ikan Tomato Clown peringkat juvenil memiliki warna merah yang lebih gelap dengan dua hingga tiga garis putih serta  sirip tepi (pektoral) berwarna hitam.
anak clownfish
Juvenil Tomato Clown dengan 2 garis putih pada badannya.
Amphiprion frenatus memiliki 9-10 tulang sirip dorsal dan 16-18 selaput renang dorsal. Spesis ini juga memiliki 2 tulang sirip anal dan 13-15 selaput renang pada sirip anal.
Akuarium yang menempatkannya harus memiliki banyak ruangan atau lubang serta tempat bersembunyi kepada ikan lain. Akuarium minimum adalah 30 gallon.
Perumah Anemone:

Selamat Memelihara Tomato Clownfish dan Happy Reefing

Friday, October 28, 2011

Pembersih Aquarium Anda


“Pembersih Akuarium” adalah hidupan (ikan dan invertebrata) yang melata dan/atau berenang sekeliling akuarium, membersihkan kekotoran (buangan ikan, lebihan makanan tidak dimakan, mikroalgae yang tidak diingini, dll.) yang terkumpul dalam akuarium reef, menganggu keseimbangan biologikal dan penampilan akuarium.
Buangan dan lebihan makanan tidak dimakan akan menyumbangkan nitrat serta phophate di mana akan menjadi sumber nutrien mikroalgae.  Terdapat produk kimia serta “natural” yang berada dipasaran yang akan mengubah atau menyingkirkan nitrat serta phosphate, tetapi produk ini tidak menganggu atau menyingkirkan punca (buangan dan lebihan makanan) lebihan nitrat atau phosphate. Kebanyakkan produk adalah tidak selamat digunakan dalam akuarium bersama invertebrata dan/atau coral (akuarium reef)
Penapisan mekanikal membantu mengasingkan (penyingkiran) buangan dan lebihan makanan dalam akuarium, seperti juga menvakum lapisan pasir. Penapisan biologikal memproses ammonia dihasilkan daripada buangan dan lebihan makanan yang mereput, namun begitu masih ada yang tertinggal yang hasilnya akan menjadi nutrien algae (nitrat). Namun begitu, nasib baik kerana hidupan marin sendiri yang pelbagai dan banyak yang selamat bagi reef tank (tidak memberi kesan/makan coral) dan dapat hidup sihat dalam akuarium tercemar yang mana dipenuhi dengan algae serta masalah lain.

Pembersih Dasar Pasir

Pembersih jenis ini hidup dengan berenang atau melata di atas pasir dan berperanan memproses lapisan permukaan pasir, memakan algae, buangan ikan lain serta lebihan makanan tanpa menganggu hidupan organisama akuarium yang lain.

Hermit Crabs

Dwarf Blue Leg Hermit Crab

Dwarf Red Tip Hermit Crab

Dwarf Zebra Hermit Crab


Ketam

Emerald Crab

Porcelain Anemone Crab

Siput

Banded Trochus Snail


Mentimun Laut/ Sea Cucumber

Black Sand-Mopping Cucumber

Gobies

Diamond Watchman Goby

Yellow Watchman  Goby

Yellow Head Sleeper Goby

Blennies

Bicolor Blenny

Midas Blenny

One Spot Blenny

Sailfin Blenny

Penggaul Pasir Reef safe


Penggaul Pasir Reef safe tidak hanya duduk diam di atas permukaan pasir akuarium, memakan algae, buangan serta makan lebihan makanan tetapi turut mengacau/menggaul pasir, mengudarakan lapisan pasir tersebut serta membebaskan gas toksin yang terperangkap di dalamnya.

Snails

Bumble Bee Snail

Cerith Snail

Anda harus ingat hidupan ini memerlukan dan bergantung makanan kepada algae sebagai nutrisi/ diet penting untuk terus hidup dan akan mati sekiranya makanan tersebut tiada. Ramai supplier dan pemilik kedai ikan yang akan menasihati anda meletakkan siput seperti contoh per gallon air bagi tujuan pengawalan algae. Ianya memang berkesan apabila mula-mula measuki akuarium anda namun banyak yang akan mati apabila bekalan algae telah berkurangan. Oelh itu, pada waktu tersebut sekiranya masalah algae telah berkurangan atau sudah tiada maka anda boleh memberinya makanan tambahan seperti algae waffer ataupun beberapa cebisan algae (seperti cth: Nori) sebagai makanan utamanya.
Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

Akuarium Marin: Perbezaan dan Keistimewaan


1.Akuarium marin di rumah boleh menjadi penghilang stress terbaik di rumah (kepelbagaian hidupan terumbu karang mini yang hidup!).
2.Akuarium marin terdapat dalam pelbagai saiz bergantung kepada senggaraan dan penjagaan yang anda dapat berikan.
3.Terdapat tiga jenis akuarium marin iaitu:
a.Akuarium Ikan Sahaja (Fish Only- FO)
b.Akuarium Ikan Sahaja dengan Live Rock (Fish Only With live Rock- FOWLR)
c.Akuarium Karang (Reef)
4.Akuarium marin adalah berbeza daripada akuarium air tawar (tropika) dengan tahap yang sedikit mencabar dan memerlukan penjagaan serta pengetahuan yang betul.
5.Pengetahuan serta kaedah penjagaan yang betul serta kesabaran akan menjamin kejayaan akuarium yang sihat dan menakjubkan!
6.Akuarium marin dapat menjadi alat mengajar (teaching tools) kepada anak-anak tentang kepelbagaian kehidupan yang saling melengkapi sebagaimana sistem ekologi dalam akuarium (segala bentuk pengajaran daripada fungsi bakteria, algae, ikan, invertebrata sehinggalah kepada pengcahayaan).
7.Akuarium marin dapat mendidik anak-anak kita supaya lebih sayangkan alam serta hidupan lain.
segala kelebihan dan cabaran dalam pemeliharaan akuarium marin ini amat berBALOI untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan minat serta kesungguhan.
Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

Nota Ringkas Akuarium Marin


1. Akuarium marin memerlukan komitmen.

Akuarium marin juga dikenali sebagai akuarium ikan laut di Malaysia. Ramai daripada kita mula jatuh cinta pandang pertama apabila melihat akuarium hiasan ikan laut atau akuarium marin. Mudah dikatakan, semua orang baik peminat ikan mahupun orang yang tidak pernah memelihara ikan akan tertarik kepada akuarium ini. Ini kerana ianya amat menarik untuk dipamerkan dengan pelbagai hidupan akuatik daripada sekecil-kecil udang sehinggalah live rockcoral dan ikan itu sendiri. Keistimewaan yang terdapat padanya dengan pelbagai warna terang, keunikan rupabentuk serta jarang didapati di rumah-rumah perseorangan menyebabkan ianya kelihatan hampir mustahil dipelihara dan dijaga oleh orang biasa seperti kita.
Ramai yang mula melihat kecantikan akuarium ini di akuaria-akuaria seperti di Langkawi, KLCC malah ada juga dipamerkan di lapangan terbang serta beberapa premis perniagaan besar. Apa yang pasti pemeliharaan ikan hiasan laut ini memberikan imej pemiliknya adalah daripada golongan yang berada dalam kelas tersendiri dan berstatus mewah. Namun begitu, saya juga seperti anda ketika mula-mula menceburi hobi ini menghadapi pelbagai masalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan sumber maklumat kira-kira 15 tahun dahulu. Oleh itu, dengan perkembangan hobi ini di Malaysia telah membuka mata ramai orang untuk meminati honi ini.  Jadi, pastikan anda tidak mengulangi kesilapan saya dahulu.=) .Dapatkan seberapa banyak maklumat serta asas pemeliharaan ikan hiasan marin ini dan ENJOY…

2. Akuarium

Pemilihan akuarium merupakan langkah pertama dalam hobi akuarium marin ini. Kami menasihati anda supaya membuat keputusan mendapatkan akuarium yang paling besar anda mampu miliki dan jika tidak akuarium bersaiz 30 inci x 18  inci x 18 inci adalah paling minimum bagi anda sebagai permulaan. Ini kerana, akuarium yang besar boleh menempatkan lebih banyak ikan serta mampu mengurangkan risiko berkaitan kualiti air. Akuarium yang bersaiz lebih kecil daripada saiz tersebut hanya dicadangkan buat peminat yang mahir (advanced). Ramai peminat di luar sana beranggapan membeli akuarium besar akan menyebabkan poket anda akan berlubang besar (duit habis maa) tapi pada hakikatnya, anda akan menghabiskan lebih banyak wang anda pada kemudian hari pada akuarium kecil tadi..=( . Oh ya, satu lagi, akuarium anda tidak boleh diletakkan berhampiran tingkap kerana lama-kelamaan jika akuarium terdedah pada sinaran matahari, saya jamin dalam masa seminggu dua iaya akan kelihatan sebagai sebuah akuarium bagi ikan-ikan paya kerana telah bertukar menjadi akuarium berlumut..=)

3. Hiasan

Hiasan akuarium marin seperti live rock, batuan, paip dan termasuk coralbuatan resin akan menjadi tempat berlindung pada hidupan akuatik marin anda. Hiasan mampu mencantikkan akuarium dan mengurangkan stress kepada hidupan marin. Perlu diingat, ikan-ikan serta hidupan marin ini berasal daripada kawasan terumbu karang yang penuh dengan tempat berlindung.

4. Filter dan Protein Skimmer

Di lautan lepas, segala kekotoran akan terdampar di pantai setelah dipukul ombak meninggalkan sampah sarap serta buih-buih kekuningan. Parabiologist berpendapat ini adalah satu cara alam semulajadi menyingkirkan kekotoran. Jadi bagaimana pula dengan akuarium kita? Sudahlah dalam keadaan air setempat, tiada ombak, tiada pantai? Oleh sebab itu, protein skimmer dicipta bagi menyingkirkan bendasing daripada akuarium kita. Buih-buih halus bersama bendasing lain akan ditolak keluar oileh tekanan air keluar dan dikumpul di gahagian collector.
Sekali lagi kami ingin memaklumkan Encik Live Rock kita ini sebenarnya adalah filter biologikal yang penting! Yalah, siapa sangka seketul batuan mampu memainkan fungsi penapis…dan ianya terbukti..Sebuah akuarium yang marin yang hanya mempunyai beberapa live rock kecil tidak mampu menjernihkan air. Namun setelah ditambah live rock, nah keputusannya air menjadi jernih dalam masa sejam sahaja! Menakjubkan bukan..

5. Pengcahayaan

Pengcahayaan yang betul dapat meniru sedikit sebanyak cahaya matahari serta kitaran malam di alam semulajadi. Kitaran cahaya yang baik membantu hidupan akuatik anda sihat dan relaks…Ada sesetengah peminat akuarium yang tidak pernah menutup lampu akuariumnya melainkan bulbtersebut terbakar dengan alasan ingin melihat hidupan tersebut walaupun di tengah malam.. Maaf sahabat-sahabat peminat, bayangkan anda dikurung dalam sebuah bilik tertutup dan lampu menerangi bilik tersebut 24 jam sehari sepanjang tahun? Kami rasa ada orang yang silap-silap menjadi gila atau hilang akal dek kerana stress dan tidak dapat rehat. Haahhahah…Boleh bayangkan apa perasaan hidupan akuatik tersebut? Sekarang, mulai malam ini, pastikan anda menutup lampu akuarium anda sebaik ingin masuk tidur dan hanya bukakanya pada siang hari atau lebih mudah lagi pasanglah timer dengan set masa 8-12 jam sehari…Terima kasih kerana menghormati hidupan akuatik ini..=)

6. Pemanas dan Termometer

Pemanas pada akuarium di Malaysia? Ya, anda perlukannya sekiranya akuarium anda berada dalam sebuah bilik berhawa dingin. Walaupun suhu bilik mencatatkan suhu 26 darjah Celcius tapi setelah 8 jam, bacaan air akuarium anda adalah di antara 18-21 darjah Celcius…Suhu dicadangkan bagi akuarium marin adalah di antara 24 – 26 (akuarium reef) dan 24-28 darjah Celcius (akuarium Fish Only)..Oleh sebab itu penggunaan pemanas dapat menstabilkan suhu akuarium mengikut yang anda ingini…bagi menyujukkannya, sudah pasti chiller atau kipas kecil dapat membantu menyejukkannya..(akan diterangkan nanti secara detail di bab lain).

7. Test Kits

Test kits akuarium adalah bagi memeriksa tahap kimia (ammonia, nitrit, pH, calcium, phophate dan silika) dalam akuarium.

8. Ikan Hiasan Marin

Clownfish atau dikenali Nemo (watak dalam kartun Finding Nemo – Walt Disney) adalah paling popular dan hampir kesemua peminat pernah memiliki semasa memulakan atau masih memeliharanya sehingga sekarang. Oh ya, kami ingin menasihati kepada peminat-peminat baru dan pertengahan di sana, elakkan membeli sebarang jenis angelfish,butterflyfish, kuda laut (seahorses) / unduk-unduk (panggilan org-org tua), pipefish dan blue ribbon eels kerana kesemua ini memerlukan penjagaan peminat yang mahir dan faham kehendaknya. Jangan mudah terpedaya dengan penipuan, gorengan atau seumpama dengannya yang anda mampu memeliharanya dengan baik (kalau setakat hidup seminggu dua baik simpan duit anda)..banyak lagi ikan-ikan jenis lain yang mampu anda pelihara dengan mudah..Apapun kami akan membantu menyenaraikan ikan-ikan menarik serta mudah bagi anda pelihara dengan jayanya dalam topik yang lain..

9. Lapisan Pasir Akuarium

Lapisan pasir dalam akuarium membantu ikan untuk kekal oriented dan menjadi tempat bagi mikroorganisma yang sihat. Live sand amat digalakkan penggunaanya walaupun sukar mendapatkannya di pasaran Malaysia kerana kami pun suatu ketika dahulu terpaksa menyemainya dengan live rock segar yang diimport khas dalam sebuah tangki fiber berisi lapisan tebal crushed coral pelbagai gred untuk dibekalkan kepada pelanggan kesayangan kami.=)..Oleh itu, pastikan anda menjadikan akuarium anda sebagai tempat mikroorganisma berkoloni untuk kestabilan ekosistem jangka panjang.

10. Hydrometer

Hydrometers adalah diperlukan untuk menyukat tahap kemasinan air akuarium marin anda. Penggunaan refractometer memberikan bacaan yang lebih tepat dan digunakan oleh peminat mahir serta profesional.

11. Powerhead/ Wavemaker

Powerhead adalah submersible water pump dan mampu menambah kadar kitaran air dalam akuarium. Penggunaannya juga dapat menambah kadar oksigen terlarut. Wavemaker juga digunakan bagi menambah kitaran air serta mewujudkan corak arus air yang pelbagai seterusnya meniru sistem arus air di lautan.