Wednesday, July 24, 2013

Tomato Clown Fish - Amphhirion Frenatus


frenatus clownfish
Nama Saintifik: Amphiprion Frenatus
Nama Kebiasaan: Tomato clownfish
Famili: Pomacentridae
Saiz Maksimum: 5.5 in.
Saiz Minimum Akuarium: 30 gallons
Tahap Penjagaan: Mudah
Keserasian: Ikan dewasa bersifat teritorial dan agresif. Boleh hidup bersama dengan clownfish lain sekiranya dimasukkan bersama pada masa yang sama.
Keserasian Reef : Ideal bagi akuarium reef. Sesetengahnya akan mendiami polip LPS dan juga soft coral sebagai perumah. Kebiasaannya gemar menganggu feather duster dengan menariknya daripada tiubnya.
Tomato-clownfish4

Taburan: Lautan Pasifik Barat: Teluk Siam sehingga ke barat daya Palau, utara Jepun, selatan Jawa, Imdonesia.
Diet: Omnivor. Kebiasaanya memakan zooplankton di lautan. Mudah menerima segala jenis makanan di dalam akuarium termasuk jenis kepingan, pellet, dan juga makanan hidup serta beku.

Keterangan Tambahan:
tomato Clown
Amphiprion Frenatus, juga dikenali sebagai Tomato clownfish mudah didapati di kedai-kedai ikan marin serta lasak, menjadikannya sebagai pilihan yang baik sebagai ikan permulaan. Ikan ini mendiami di kawasan terumbu lagun serta berteluk pada kedalaman 1 sehingga 40 kaki.
Tomato-clownfish
Ikan dewasa berwarna jingga kemerahan yang terang dengan satu garis putih di belakang matanya. Sesetengah variti memiliki warna yang lebih terang serta titik hitam di bahagian badannya. Ikan Tomato Clown peringkat juvenil memiliki warna merah yang lebih gelap dengan dua hingga tiga garis putih serta  sirip tepi (pektoral) berwarna hitam.
anak clownfish
Juvenil Tomato Clown dengan 2 garis putih pada badannya.
Amphiprion frenatus memiliki 9-10 tulang sirip dorsal dan 16-18 selaput renang dorsal. Spesis ini juga memiliki 2 tulang sirip anal dan 13-15 selaput renang pada sirip anal.
Akuarium yang menempatkannya harus memiliki banyak ruangan atau lubang serta tempat bersembunyi kepada ikan lain. Akuarium minimum adalah 30 gallon.
Perumah Anemone:

Selamat Memelihara Tomato Clownfish dan Happy Reefing

No comments:

Post a Comment