Friday, October 28, 2011

Serlahkan Kecantikan Live Rock Anda


Keadaan parameter air yang baik, pengcahayaan yang tepat membantu live rock untuk matang serta mengeluarkan warnanya serta menjaga hidupan yang terdapat padanya.
Penggunaan supplement seperti kalsium, iodin, strontium dan  element penting yang lain menggalakkan kesihatan live rock.
  
Live rock memerlukan kesabaran, tetapi dengan penjagaan dan pengurusannya yang baik akan mengekalkan serta mencantikkannya sebagaimana kematangan akuarium anda.

Thursday, October 27, 2011

Coral Permulaan


Di sini Aqua Mania menyenaraikan beberapa coral mudah yang amat sesuai bagi peminat akuarium reef yang baru berjinak-jinak dan juga kepada peminat sedia ada dan ingin bertukar daripada akuarium Fish Only/ Fish Only With Live Rock. Coral-coral yang disenaraikan di bawah ini adalah daripada jenis yang mudah dijaga serta membantu peminat untuk mendapatkan pengalaman serta pengetahuan tentang penjagaan coral sebelum mendapatkan coral yang lebih mencabar penjagaannya.

Mushroom (Actinodiscus) Coral

Mushroom (Actinodiscus) Coral tidak bertindak balas terhadap lampu yang terang (8-12 Watt/ gallon) mahupun arus yang terlalu kuat. Penggunaan lampu yang biasa seperti HO dan Power Compact sudah memadai bagi penjagaan coral ini selain arus yang sederhana.
Selamat dengan ikan, udang dan invertebrate lembut yang lain tetapi tidak boleh diletakkan berdekatan bersebelahan dengan soft coral dan stony coral yang lain serta invertebrate sesile kerana akan member kesan kepada coral ini.

Mushroom and Leather (Cladiella) Corals

Dikenali juga sebagai Leather Corals dan Mushroom Corals, ini adalah coral permulaan terbaik dan dapat menyesuaikan dengan hampir kesemua jenis pengcahayaan serta arus. Arus dan pengcahayaan yang sederhana adalah keadaan optima bagi spesis coral yang cantik ini.

Star Polyps, Green Star Polyps dan Daisy Polyps (Pachyclavularia)

Selalunya dikenali sebagai Star Polyps, Green Star Polyps dan Daisy Polyps, coral ini boleh menerima cahaya yang amat terang malah rendah dengan pelbagai jenis arus.
Sensitif terhadap iodine dan aluminium oksida yang selalu didapati dalam span penyingkir phosphate, perhatian harus diberikan apabila memasukkan bahan ini kepada akuarium anda.
Coral ini cepat membiak/ merebak dalam akaurium di mana boleh merebak ke atas coral lain. Namun begitu, arus yang kuat dan tidak sekata boleh membantu tumbesaran coral ini dengan cepat. Ini adalah coral yang amat sesuai bagi permulaan.

Sea Mat dan Button Polyp (Palythoa) Corals

Umum peminat mengenalinya sebagai Sea Mat dan Button Polyps, coral ini pula lebih gemar cahaya yang terang tetapi dapat bertoleransi dengan cahaya yang rendah. Coral ini juga lebih gemarkan arus yang sederhana kepada yang kuat.
Palythoas mempunyai kadar pembiakan yang tinggi serta agresif. Sesetengahnya mempunyai neurotoxin kuat yang boleh member kesan kegatalan kepada manusia.
Walaupun kebanyakkan coral ini kelihatan berwarna coklat sehingga coklat gelap namun disebabkan elemen terkandung di penghujung tentakelnya menyebabkan cantik apabila dibawah cahay lampu aktinik.
Ini adalah coral permulaan yang baik.

Finger Leather dan Colt (Cladiella) Corals

Selalu dikenali sebagai Finger Leather dan Colt, coral ini adalah coral permulaan terbaik. Walaupun boleh menerima segala jenis pengcahyaan dan keadaan arus, coral cantik ini gemarkan arus dan cahaya yang sederhana.
Kebanyakkan Finger Leather dan Colt Coral ditemui dibahagian tengah air di terumbu jadi arus dan cahaya yang sederhana sudah mencukupi baginya di dalam akuarium.

Sea Mat dan Button Polyp (Protopalythoa) Corals


Dikenali juga sebagai Sea Mat dan Button Polyps, coral yang berwarna warni ini dapat menerima cahaya yang rendah. Gemarkan arus sederhana dan kuat, coral agresif ini mempunyai kadar pembiakan/ pertumbuhan yang cepat.
Sesetengah juga seperti Palythoas, mempunyai neurotoksin yang boleh member kesan kepada manusia. Ini juga adalah coral permulaan yang baik.

Toadstool, Leather dan Mushroom (Sarcophyton) Corals


Nama-nama biasa adalah Toadstool Coral, Leather Coral, Mushroom Leather Coral dan juga Trough Coral.
Ini adalah coral permulaan amat baik kerana dapat menerima kepada semua jenis skema pengcahayan dan arus yang sedikit kepada yang sederhana. Coral ini membesar dengan cepat dan dikenali sebagai amat bagus untuk propagation.

Zoanthid, Sea Mat and Button Polyp (Zoanthus) Corals

Coral ini dikenali sebagai Zoanthid, Sea Mat dan Button Polyps. Walaupun gemarkan cahaya yang terang, coral ini bertoleransi terhadap cahaya yang rendah dan gemarkan arus sederhana kepada kuat menjadikannya tergolong dalam akuarium permulaan yang baik.
Coral agresif ini cepat membiak dan tersebar ke serata bahagian akuarium. Sesetengah spesis mengandungi neuritoksin yang boleh member kesan kepada manusia.

Lobed, Flat, dan Open Brain (Lobophyllia) Corals


Nama yang biasa diberikan adalah Lobed Brain Coral, Flat Brain Coral, Open Brain Coral, Meat Coral, Modern Coral, Large Flower Coral.
Coral ini hidup dengan baik dalam cahaya terang secara terus dan arus sekata namun begitu masih dapat membesar dalam akuarium dengan baik walaupum dengan arus dan cahaya mencukupi yang minima diberikan.
Coral ini biasanya makan dengan aktif pada waktu malam. Walaubagaimanapun, tentakel juga keluar pada siang hari menerima segala jenis makanan disediakan berasaskan zooplankton dan bakterioplankton di mana mengandungi bakteria yang hidup bebas, buangan, partikel halus dan bahan buangan terampai.

Closed and Dented Brain (Symphyllia) Corals


Nama biasa adalah Closed Brain Coral, Dented Brain Coral, Meat Coral, Brain Coral dan Pacific Cactus Coral.
Coral ini amat berjaya dipelihara dalam akuarium, bertoleransi dengan pelbagai jenis cahaya dan arus tetapi lebih gemarkan cahaya yang terang, tidak terus serta arus sederhana kepada kuat. Namun begitu, coral jenis ini amat sensitive terhadap kehadiran soft coral jenis lain seperti Xenia dan Litophyton serta amat bertindak balas terhadap makanan (Zooplankton, Phytoplankton dan algae) di dalam air.

Moon, Pineapple, Star (Favia & Favites) Corals


Kebiasaannya dikenali sebagai Moon Coral, Pineapple Coral, Brain Coral, Closed Brain Coral dan Star Coral.
Coral ini sukakan cahaya terang bagaimanapun bertoleransi terhadap cahaya yang rendah. Sukakan arus yang lembut, sesetengahnya akan melekat pada lapisan pasir sekiranya tidak dialihkan selama beberapa bulan. Favite boleh diberikan makanan seperti satu dua picitan brine shrimp pada waktu malam.
Penjagaan patut diberikan terhadap kedudukannya kerana boleh mengeluarkan tentakel transperant pada waktu malam.

Honeycomb, Star, Wreath and Moon (Goniastrea) Corals


Nama biasa adalah Honeycomb Coral, Star Coral, Wreath Coral, Moon Coral, Pineapple Coral, Brain Coral, Closed Brain Coral.
Dikenali sebagai coral yang baik untuk permulaan, coral ini hidup sihat dengan arus air yang kuat serta cahaya yang terang.

Fox, Jasmine and Ridge (Nemenzophyllia) Corals


Coral ini dikenali sebagai Fox Coral, Jasmine Coral dan Ridge Corals.
Coral ini lebih sukakan arus yang lembut, berkalsium dan berkembang dalam cahaya yang rendah kepada sederhana. Menerima makanan melalui penyerapan nutrient kerana tiada tentakel. calcifying
Dikenali sebagai coral yang amat mudah untuk permulaan.

Menyusun Atur Taman Batuan Bawah Air (Underwater Rock Garden)



Kebanyakkan live rock disusun menyerupai semulajadi: bentuk menggunung di tengah, banjaran, berpusat, segitiga, malah berbentuk kepulauan serta dihubungkan dengan terowong atau lubang di tengahnya. Akuaskaping adalah menyeronokkan dan peminat mendapat kepuasan setelah melihat ikan-ikan berenang di celah terumbu karang rekaan tersebut. Berikut adalah tips-tips merancang serta membina terumbu karang anda:
• Rancang dan lukiskan rekabentuk terumbu karang yang anda ingini di atas kertas terlebih dahulu.
 
• Tinggalkan ruang yang mencukupi di sekeliling bagi pertumbuhan coral, aliran air serta senggaraan.
• Anda boleh mengubahsuai bentuk dan saiz dengan tukul, chisel malah juga drill. Ini dikenali sebagai “hardscaping” dan tidak akan merosakkan kekuatan batuan tersebut malah hidupan yang terdapat.
• Bagi menghindari sebarang kejadian tidak diingini semasa menyusun live rock tersebut dalam akuarium ataupun semasa senggaraan nanti, penggunaan pengikat atau gam dua bahagian epoxy atau plastic cable tie dapat membantu menguatkan ikatan dan susunan.

Live Rock – Bahagian 2



Live rock yang baru dibeli harus dirawat terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam akuarium matang bagi mengelakkan sebarang kenaikan paras ammonia yang mendadak dan seterusnya menganggu kestabilan akuarium. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara-cara merawat live rock tersebut:
1. Bilas dengan air masin secara perlahan-lahan bagi membuang sebarang sisa atau bendasing yang melekat. Pastikan bukan dengan air paip kerana akan membunuh bakteria atau hidupan terdapat pada live rock tersebut.
2. Letakkan dalam bekas plastik/ besen atau baldi yang telah berisi air masin pada tahap Specific Gravity 1.023 dan 1.025.
3. Pasangkan powerhead atau pam angin (aerator) supaya kadar oksigen terlarut tinggi dan berkitar.
4. Jauhi daripada tempat bercahaya terus supaya tidak berlaku pertumbuhan algae yang tidak terkawal.
5. Lakukan penukaran air di antara 50% – 100 % air masin yang baru selepas 3 hari.
6. Gunakan berus untuk menyingkirkan lapisan putih atau hidupan yang mati sebelum air ditukar..
7. Selepas seminggu, periksa kadar ammonia dan nitrit . Apabila tahap bacaan bagi kedua-dua tersebut adalah sifar, live rock tersebut telah bersedia untuk dimasukkan ke dalam akuarium marin anda.
Bagi akuarium marin yang baru yang belum ada apa-apa hidupan, live rock baru adalah amat digalakkan untuk dirawat secara terus dalam air masin yang baru. Setelah air masin telah dibancuh menggunakan artificial sea salt pada bacaan Specific Gravity 1.023-1.025 dan segala peralatan seperti pam dihidupkan serta tiada sebarang kebocoran atau masalah,  maka proses merawat seterusnya adalah seperti berikut:
1. Bilas live rock tersebut dengan air masin di luar akuarium.
2. Gunakan berus nylon untuk menyingkirkan segala lapisan putih atau hidupan mati.
3. Susun live rock seperti mana yang anda ingini.
4. Pastikan lampu akuarium tidak dibuka kerana lampu yang dibuka akan menggalakkan pertumbuhan algae tidak terkawal.
5. Lakukan penukaran air sebanyak 50% pada setiap minggu.
6. Periksa kadar bacaan ammonia serta nitrit pada setiap minggu selama 2-3 minggu.
7. Apabila kedua bacaan ammonia serta nitrit adalah sifar,  lakukan penukaran terakhir air sebanyak 50%  dan periksa pH air 8.1-8.4 sebelum hidupan akuatik pertama anda dimasukkan.

Kaedah Rawatan daripada Belum Dirawat sehingga Terawat

Belum Dirawat – Apabila baru dibeli, batuan ini adalah dalam pelbagai warna, bentuk dan juga saiz. Keperlbagaian mikrofauna mungkin tidak dapat dikesan pada mulanya kerana terselindung jauh ke dalam rongga batu.
Merawat – Semasa proses rawatan, sesetengah hidupan akan mati secara semulajadi dan batuan tersebut akan dibersihkan daripada bahan tersebut. Apabila dirawat di dalam bekas berlainan, adalah kebiasaan coralline algae akan bertukar warna putih. Penukaran air dapat mengurangkan stress hidupan yang terdapat dalam batuan tersebut.
Terawat – Apabila telah dirawat, dikekalkan di bawah pengcahayaan yang betul dan dibekalkan dengan kalsium serta buffer, batuan tersebut akan mula menjadi menarik serta hidupan berguna akan muncul serta mendiami akuarium marin anda.

Live Rock – Bahagian 1




Pengenalan

Live rock adalah berasal daripada tinggalan coral berasakan kalsium yang telah mati dan bertukar menjadi batuan yang seterusnya membentuk live rock dan kemudiannya menjadi terumbu karang yang menjadi habitat flora fauna di lautan. Namun begitu, live rock yang berada di pasaran adalah serpihan kecil yang terpisah daripada terumbu asal setelah di pukul ombak. Oleh kerana ianya telah melalui proses beratus malah beribu tahun bagi pembentukannya, ianya menjadi tempat habitat pelbagai hidupan daripada organisma mikroskopik sehinggalah algae dan invertebrata yang lain sehingga menjadikannya ‘batuan yang penuh kehidupan’ ataupun ‘living rock’ yang kaya dengan biodiversiti (kepelbagaian hidupan). Live Rock dikutip dengan berhati-hati serta dikekalkan lembapan supaya peminat akuarium marin dapat mengekalkannya sebaik mungkin.
Setelah dikutip daripada lautan, live rock ini masih mengekalkan kecantikan dan memberikan banyak kebaikan kepada pemilik akuarium reef dan fish-only aquariums. Ianya membekalkan sumber makanan asli kepada ikan, membantu menguraikan buangan hidupan akuarium serta menjadi tempat tapak untuk coral, menjadi tempat persembunyian hidupan nokturnal di waktu siang serta mencantikkan lagi pemandangan dalam akuarium anda.
Sebelum peminat memasukkan live rock yang baru di beli ke dalam akuarium anda, live rock hendaklah dirawat terlebih dahulu dalam tempoh 3-5 minggu. Ini bagi memastikan tumbuhan dan hidupan laut yang telah mati tidak menjadi punca kepada kadar ammonia yang tinggi dalam akuarium anda.
Aqua Mania menasihati peminat di luar sana supaya tidak memasukkan terus live rock baru dibeli kedalam akuarium marin anda yang telah matang kecuali anda memang ingin MEMBUNUH ikan anda! Oleh sebab itu, kami di Aqua Mania merawat terlebih dahulu live rock kami sebelum di jual kepada pelanggan kami. Aqua Mania sentiasa mengutamakan customer before us dan kematian atau kegagalan sistem akuarium pelanggan kami adalah kegagalan kami. Untungnya, bakteria denitrifikasi yang terdapat pada live rock yang di rawat tidak akan mati semasa proses rawatan dijalankan.
Bahagian 2 akan menerangakan kaedah-kaedah merawat live rock

Pengcahayaan Akuarium: Sistem dan Bulb – Bahagian 2



Pasaran masa kini menawarkan pelbagai produk sistem lampu yang sofistikated buat akuarium anda. Sebelum membuat pilihan sistem lampu bagi akuarium kesayangan, anda harus memahami asas spektrum dan tahap keterangan cahaya yang diperlukan oleh akuarium anda sendiri.

Bahagian Satu artikel ini menerangkan lampu mentol biasa dan sistem lampu fluorescent. Artikel ini akan menerangkan sistem lampu metal halide dan HQI serta LED.

Sistem Lampu Metal Halide

Sistem lampu Metal halide adalah amat berguna bagi segala jenis akuarium yang memerlukan cahaya yang tinggi, akuarium yang tinggi kedalamannya atau akuarium Fish Only (FO) di mana cahaya yang tinggi dan terang diperlukan bagi menerangi keseluruhan akuarium. Lampu jenis ini juga ideal bagi akuarium planted serta akuarium reef.

Sistem Metal Halide Soket Skru

Bulb Jenis Mogul
Walaupun penampilannya sama dengan lampu mentol biasa cuma bersaiz lebih besar, lampu metal halide menghasilkan cahaya yang lebih terang, watt dan juga warna spektrum. Bulb Metal halide terbahagi kepada dua jenis iaitu bulb kaca yang lebih besar mengandungi gas yang lebih sedikit dan juga bulb kaca padat dengan gas yang dihubungkan dengan beberapa siri wayar. Apabila arus melaluinya, gas di dalam akan menghasilkan cahaya.

Base bulb metal halide adalah beralur sepertimana bulb mentol biasa tetapi memerlukan sistem soket khusus yang dikenali mogul. Ballastdiperlukan bagi mengoperasikannya dan selalunya diletakkan di bawah kabinet supaya haba yang dibebaskan tidak terus memberi kesan kepada suhu air (kabinet memerlukan kipas kecil atau ventilation fan bagi membebaskan haba terperangkap). Bulb Metal Halide boleh didapati dengan pelbagai spektrum warna bermula  4,000K kepada 20,000K, dan watt sekitar 175 kepada 1,000 watts.

Sistem Lampu HQI

Lampu jenis ini dikenali sebagai Halogen Quartz Iodide (HQI) dan digunakan meluas bagi akuarium reef. HQI biasanya boleh didapati dengan spektrum warna daripada 10,000K dan 20,000K dan didapati dengan 150-250 watt. Lampu jenis ini mampu menjadikan coral hidup sihat dan haba yang terhasil adalah kurang panas daripada bulb metal halide.
Sistem lampu  HQI memiliki ciri yang sama dengan metal halide tetapi berbeza rekabentuknya. Ianya lebih kecil dan double-ended di kedua hujungnya serta soket yang khusus untuknya.
Sama dengan ciri bulb metal halide, lampu HQI juga mempunyai kekurangannya. Pertama, bulb ini mampu meletup sekiranya terkena percikan air ketika dalam keadaan sangat panas. Kedua, kaca penutup akuarium diperlukan bagi melindungi coral daripada ‘terbakar’  akibat sinaran UV yang dipancarkannya. Akhir sekali, bulb HQI ini membebaskan haba dan memerlukan kipas serta chiller bagi menjadikan suhu air selamat dan stabil.

Lampu LED

Penggunaan LED menjimatkan tenaga elektrik, kurang membebaskan haba dan kurang senggaraannya
Lampu LED iaitu Light Emitting Diode adalah sistem lampu yang baru diperkenalkan kepada hobi pemeliharaan ikan ini. Sistem ini adalah rangkaian litar diod-diod kecil secara bersiri bagi menghasilkan cahaya yang terang. Lampu jenis ini mempunyai banyak kebaikan iaitu tempoh hayat yang lama iaitu 100,000 jam, tidak membebaskan haba tinggi, watt yang rendah tetapi kecerahannya mampu menjadikan coral terus sihat. Lampu ini walaupun baru diperkenalkan tetapi telah mula digunakan dalam penjagaan akuarium reef. Oleh kerana bentuknya yang lebih nipis dan ringan serta tidak memerlukan ballast serta senggaraan yang kerap maka lampu jenis ini adalah alternatif baru kepada peminat ikan hiasan yang lain. Namun begitu, LED ini adalah mahal dan kadangkala harganya melebihi harga mana-mana jenis lampu akuarium yang lain.

LED adalah konsep baru diperkenalkan kepada hobi akuarium

Kesimpulan

Apabila anda ingin membuat keputusan memilih jenis lampu bagi akuarium anda, pastikan ianya mampu memenuhi kehendak organisma yang anda rancang untuk dipelihara. Adalah suatu kemestian memahami kehendaknya supaya organisma yang anda pelihara terus sihat dan dapat membiak di dalam akuarium anda. Ianya bukanlah suatu pembaziran namun adalah suatu pelaburan yang menjamin kelagnsungan hidupan akuatik anda. Akhir kata, tepuk dada dan tanyalah selera. Pastikan anda membuat pemilihan yang tepat supaya tidak kerugian kelak. Selamat Berakuatik dan Happy Reefing.

Pencahayaan Akuarium: Sistem dan Bulb – Bahagian 1


Apabila memilih sistem  pengcahayaan, beri perhatian terhadap cirri-cirinya : jenis bulb, kos, penggunaan elektrik dan juga jumlah haba yang terhasil.

Lampu Mentol/ Bulb Biasa

Kebanyakkan rumah memiliki lampu mentol bagi kegunaan biasa. Lampu mentol adalah terdiri daripada filamen tungsten yang disarung dengan bulb kaca. Apabila arus elektrik dialirkan melalui filamen, ianya akan dipanaskan dan menyala. Lampu mentol adalah murah, jangka hayat yang panjang dan boleh didapati dalam pelbagai warna. Bagaimanapun, penggunaannya dalam akuarium adalah terhad berikutan spektrum cahaya rendah dan juga jumlah haba yang terhasil. Oleh kerana lampu mentol boleh didapati dalm watt yang rendah, ianya hanya sesuai digunakan bagi akuarium Fish Only (FO) kecil, di mana tidak memerlukan spektrum cahaya yang luas dan terang.

Sistem Lampu Fluoresent


Lampu T-8
Lampu jenis ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, watt dan juga spektrumnya. Oleh yang demikian, sistem pengcahayaan akuarium pada masa kini banyak menggunakan lampu jenis ini. Lampu Fluoresent adalah sejenis bulb ringkas yang diisi dengan gas. Apabila arus elektrik dialirkan melalui tiub, gas-gas tersebut akan panas dan mula menghasilkan cahaya hasil daripada haba pemanasan. Bulb  Fluoresent adalah disaluti dengan pelbagai sebatian phosphor bagi menghasilkan pelbagai spektrum cahaya. Apabila cahay tadi melalui lapisan phosphor tadi, warna akan terhasil daripada sebatian yang digunakan. Walaubagaimanapun, penggunaan yang kerap, jumlah masa penggunaan, sifat gas dan sebatian phosphor akan berkurangan mengurangkan keterangan cahaya dan juga spektrum yang dihasilkan. Oleh itu, adalah penting bagi bulb fluorescent perlu ditukar mengikut masa yang diperlukan.

Sistem fluorescent Biasa merangkumi:
Standard atau Normal Output Fluorescent High Output (HO) dan Very High Output (VHO) Compact Fluorescent Sistem Fluorescent Standard. Sistem lampu  fluorescent standard merangkumi ballast yang direka bagi kegunaan daripada bulb bersaiz 18″ hingga 72″ panjang.
Lampu fluorescent standard biasanya terdiri daripada pelbagai diameter. Diameter lampu jenis ini dikira berdasarkan kiraan T, di mana berdasarkan skala 1/8″ ( bulb dengan kiraan T 8 mempunyai saiz 1″ diameter). Diameter biasa bagi fluorescent standard adalah T-8 dan T-12. Kebanyakkan kemasan boleh menerima sehingga dua lampu. Dua lampu yang memiliki panjang yang sama tetapi berbeza diameter akan memiliki watt yang berbeza – bulb bersaiz lebih kecil diameternya memiliki wattage yang lebih rendah. Sebagai contoh,  48″ T-12 bulb menghasilkan 40 watts, manakala  48″ T-8 menggunakan hanya 32 watts. Fluorescent standard memiliki pelbagai jenis spektrum, daripada  lampuu yang menarik bagi akuarium fish-only sehinggalah yang khusus bagi pokok air dan juga lampu actinic bagi akuarium marin.

T5 lighting
Sistem  fluorescent standard adalah pilihan yang baik bagi akuarium air tawar dan juga akuarium marin bagi fish-only aquariums. Penggunaan lampu berganda jenis ini juga sesuai digunakan bagi tumbuhan hidup serta coral yang memerlukan cahaya yang tidak tinggi.

Sistem T-5 HO dan VHO Fluorescent


T-5 HO Lighting
Sistem T-5 High Output (HO) dan Very High Output (VHO) fluorescent adalah sama dengan rekabentuk sistem lampu fluorescent standard, tetapi menghasilkan cahaya yang lebih terang dan tinggi. Sistem  T-5 HO dan VHO memerlukan ballast dan end caps yang berbeza daripada sistem fluorescent standard. VHO dan HO bulbs tidak boleh menggunakan ballast biasa yang digunakan pada sistem lampu fluorescent yang standard.
Sistem T-5 HO dan VHO kebiasaanya digunakan bagi akuarium marin. Pada masa yang sama juga lampu ini berupaya menghasilkan Kelvin yang lebih tinggi. Bagaimanapun, lampu T-5 HO ini kini boleh didapati dengan kadar spektrum yang tinggi, amat bersesuaian bagi akuarium tropika dan juga marin.

T5 HO Lighting

Sistem Compact Fluorescent


Compact Power Lighting
Sistem compact fluorescent berfungsi dengan prinsip yang sama bagi jenis lampu fluorescent. Bagaimanapun, rekabentuknya berbeza daripada mana-mana jenis lampu standard, T-5 HO dan VHO. Walaupun menggunakan satu bulb kaca, lampu ini menggabungkan bentuk tiub berkembar.  Kadar watt bulb ini adalah hasil gabungan jumlah pengeluaran kedua tiub yang berkembar ini.
Sistem Compact fluorescent kebiasaannya didapati dalam dua rekabentuk iaitu soket square-pin dan straight-pin dan soket yang direka adalah khusus dan tidak boleh digunakan dengan bentuk pin yang berbeza.
Compact fluorescents adalah pilihan bijak bagi semua jenis akuarium berikutan kos operasinya yang rendah, tempoh hayat yang panjang dan juga pelbagai spektrum. Lampu power compact yang rendah Kelvin-nya berkesan bagi akuarium planted tropika manakala lampu yang memiliki Kelvin yang tinggi (spektrum biru yang tinggi) adalah efektif digunakan pada akuarium marin.
Bahagian Dua artikel ini akan menerangkan sistem lampu metal halide dan HQI serta LED.